Hisap ‘vape’ boleh akibatkan mati pucuk

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti New York mendapati bahawa tabiat menghisap ‘vape’ atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda, lapor laman berita News 18 kelmarin.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Journal of Preventive Medicine itu mendedahkan bahawa lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap rokok elektronik setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.

Hisap 'vape' boleh akibatkan mati pucuk

Lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap rokok elektronik setiap hari lebih dua kali ganda melaporkan masalah mati pucuk.

“Analisis kami mengambil kira sejarah merokok dalam kalangan peserta kajian, termasuk mereka yang tidak pernah merokok sebelum ini,” kata penulis kajian, Omar El Shahawy.

Bagi kajian tersebut, pasukan itu menganalisis hampir 46,000 individu dewasa dan menilai maklumat yang dilaporkan oleh lelaki sihat yang menggunakan rokok elektronik dengan kerap.

“Kami mengasingkan individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kardiovaskular yang merupakan sebab utama bagi mati pucuk,” kata Omar.

Selain itu, penyelidik menambah, adalah tidak mustahil tabiat menghisap rokok elektronik setiap hari dikaitkan dengan masalah mati pucuk tanpa mengira sejarah merokok.

BACA JUGA : Taksub kepada Tuan Guru punca ajaran sesat – Timb Menteri
99.9% kehidupan bakal lenyap, saintis ramal bumi di ambang kemusnahan

Artikel ini disiarkan pada 15/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)