Saya lihat komen sahabat saya dari kelompok salaf untuk menubuhkan parti politik sendiri sebab mereka tidak percaya dengan UMPAS dan rasa PH terlalu lemah. Lalu saya terfikir, apa hipotesis kalau ada parti baharu yang berlandaskan Islam + Melayu tapi berideologi salaf. Sekarang kita bercerita jika Parti Salaf ini tidak bergabung dengan mana-mana parti BN atau PH dan berhasrat bertanding 222 kerusi parlimen.
Politik ini dinamik sebab itu ia boleh berubah-rubah.
Kita anggapkan PH masuk PRU 15 dengan status quo 4 parti. Manifesto lebih kurang macam PRU14. Ini kalau yang jadi PM DSAI, kalau Tun M masih jadi PM, hipotesis dia akan lari. Kalau Tun M masih jadi PH, saya jangka PH akan jadi 3 parti sahaja.
BN dan PAS pula satu pakatan. Sudah tentu kalau mereka boleh selesaikan isu satu logo. Kalau mereka boleh berada di dalam satu bendera kira keajaiban, sebab orang totok PAS takkan undi logo BN, mungkin dari trauma kezaliman BN dahulu dan kena ingat, undi PAS dalam pilihanraya adalah salah satu rukun PAS. Kalau pimpinan BN dan PAS masih lagi TG Hadi dan Zahid Hamidi. Kalau pimpinan BN tukar jadi Tok Mat / KJ, hipotesis akan lari.
Parti Salaf Bersendirian
Kita anggap parti baharu jadi parti salaf. Manifesto dia umat melayu islam bersatu. Salah satu manisfesto dia ialah hapus sekolah vernacular, angkat tulisan jawi jadi tulisan kebangsaan. Tolak tepi soal perlembagaan, ROS atau benda-benda remeh. Saya kira Parti salaf akan lebih bernasib baik dari parti Putra Ibrahim Ali. Jadi bila target pengundi parti salaf adalah orang melayu islam, automatiknya parti salaf akan kehilangan undi bukan melayu yang mana masih 33% jumlah nya. Kita juga perlu ingat yang undi 18 dan pengundi automatik, jadi peningkatan pengundi itu ketara berbanding dengan PRU14. Ikut sifir ini, parti salaf sudah hilang Sabah dan Sarawak sebab banyak bangsa selain dari orang melayu disana.
Di semenanjung, sasaran pengundi UMPAS dan parti salaf adalah sama. Johor pasti salaf mungkin akan kalah sebab johor penuh dengan geng-geng aswaja dan habib etc. Jadi untuk counter manifesto parti salaf, parti UMPAS akan terpaksa jadi ultra-right wing. Jadi UMPAS mungkin akan terpaksa tawarkan sesuatu yang sama nilai dengan penghapusan sekolah vernacular. Kalau UMPAS buat begini. mereka akan ada peluang untuk menang di pantai timur yang mana melayu > 90% tapi mereka akan ada masalah untuk menang dalam kerusi campuran.
Bila keadaaan ini terjadi parti salaf akan jadi king maker ataupun vote spoiler. PH mungkin boleh retain Selangor, NS, Penang, Johor dan Melaka dah Sabah. Negeri lain mungkin boleh jatuh pada gabungan UMPAS macam perlis, perak, kedah, pahang dan terengganu dan kelantan. Sarawak kena tengok pilihanraya negeri. Dalam keadaaan ini kiranya 50/50 PH dan UMPAS boleh form kerajaan persekutuan, Parti salaf kalau bernasib baik mungkin boleh menang satu seat.
Itu tak masuk kena ada RM44 juta untuk bertanding semua 222 kerusi parlimen dan dun. Jadi kalau ada 3rd parti sebenarnya akan kurangkan peluang UMPAS nak bentuk kerajaan sebab pengundi sasaran yang sama.
Salaf + UMPAS
Kalau Parti Salaf decide nak bergabung dengan UMPAS, hipotesis dia mungkin lain. Bila UMPAS dah jadi ultra-right, MIC + MCA akan terus jadi mati sebab mereka takkan ada penyokong. Ingat PAS kalau kerusi dia menang selesa, dia tak akan bagi nya pada orang lain, bagi depa semua itu kerusi tradisi. Orang agama ni kalau dah masuk politik, tak ada nya sembang Lillahitaala kerana Allah, semua nya kerana kuasa dah wang.
Kalau kerana Allah, PAS dah keluar dah dari Kerajaan Selangor PRU lepas, tapi dok menempel juga sampai habis penggal jadi duri dalam daging. Kalau gabungan UMPAS + Salaf, mungkin boleh memerintah Malaysia, mereka mungkin dapat semua state kecuali Selangor dan Penang. Mungkin gabungan UMPAS dan Salaf adalah contoh kerajaan melayu Islam yang kuat, yerla dulu zaman BN dan PH tak dapat hapus sekolah vernacular, tak tau la kalau gabungan ini boleh hapuskan sekolah vernacular.
Cuma saya nak tanya, waktu nak mengundi nanti; Cuba bayangkan yang jadi Perdana Menteri itu Zahid Hamidi dan TPM Tuan Guru Hadi, adakah itu sebenarnya bayangan Islam dan Melayu kuat di bumi sendiri?
Mohd Mukhlis Mohd Shariff