Hukuman yang amat berat telah dikenakan keatas seorang lelaki yang terbukti bersalah mengkritik atau menghina institusi beraja negara tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dilahirkan di Thailand itu telah dihukum penjara selama 50 tahun selepas didapati bersalah.
Hukuman ini merupakan rekod tempoh penjara tertinggi yang pernah dijatuhkan di bawah undang-undang penghinaan terhadap diraja.
Pesalah tersebut, Mongkol Thirakot, berusia 30 tahun, ialah seorang aktivis pro-demokrasi yang telah mengeluarkan kritikan melalui posting di laman Facebook peribadinya.
Sebelum ini, seorang wanita Thailand juga telah dijatuhkan hukuman penjara selama 43 tahun pada tahun 2021 setelah didapati bersalah menghina institusi beraja.
BACA: “Semangat kampung yang sebenar”, berlainan bangsa tapi akrab macam keluarga undang perhatian netizen