Hina Bible : Polis siasat pemimpin Pas

Hina Bible : Polis siasat pemimpin Pas

Polis telah memulakan siasatan terhadap Anggota Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataannya berkenaan kitab Injil.

Siasatan dibuka susulan sejumlah laporan polis dibuat terhadap anggota Parlimen PAS itu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata keterangan saksi telah diambil.

“Kita buka kertas siasatan sebab ada laporan polis dibuat di Sarawak…Keterangan saksi telah dirakam.

“Sekarang kita tunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung media yang digunakan untuk menularkan isu itu,” katanya kepada pemberita dalam satu acara di Kuala Lumpur hari ini.

Hamid berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) selepas siasatan selesai.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/541868

COMMENTS