Hina Agama : Apa beza ulama pas dengan emmanuel macron ?

Hina Agama : Apa beza ulama pas dengan emmanuel macron ?

Heboh Ummat Islam kelmarin bangkit kononnya membantah secara online Penghinaan keatas Nabi ﷺ.. tetapi sedarkah kita, di Malaysia yang menghin Agama itu datang dari kalangan Mufti,Ulama hatta Pendakwah dari kalangan pengkagum Zakir Naik..

Ada Mufti dari Utara pernah Menghina sembahan agama lain dengan menyebutkan ” Bila Penyembah lembu” bersatu…” tanpa memohon Maaf.. Selepas itu penkagum Zakir Naik dari kalangan India yang convert kepada Melayu seperti anak Vinoth pula menambah hinaan dengan mengatakan penyembah batu sebagai Bodoh…. Itu sebab bila demo bantah Emmanuel Macron diadakan dan menjemput Zakir Naik..Aku hanya mampu ketawa..

Tidak cukup dengan pendakwah dan Mufti yang Menghina..Sebelum ini Ulama PAS seperi Zawawi masih angkuh seperti Takiri untuk menerima teguran kerana menghina Agama.. Zawawi cukup bongkak mempertahankan Kesalahan kononnya dalam kajiannya PHD adalah perbandingan Agama.. apapun hari ini dia dah minta Maaf..bagus lah..

Bukan hanya salah pada sudut faktanya berkaitan Bible..rupanya Zawawi terlupa mempelajari Uslub dakwah dan hikmah dalam pengajiannya dalam menyampaikan mesej Agama, Seperti Alimnya Khawarij yang bernama Abdul Rahman Muljam yang membunuh saidina Ali yang digelar al Muqri(Alim dalam Quran)..

dalam Dakwah, ketika kita menyeru kepada kitab Allah.. antara prinsipnya adalah hikmah..

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ..

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”
( Surah An Nahl: ayat 125)

Manakala dalam ayat menyentuh لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ “tiada Paksaan dalam Agama” ..Allah sebutkan Kebenaran dan kesesatan itu dah jelas..
Firman nya dengan katanya…

قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْد مِنْ الْغَيّ

“Sungguh telah jelas antara kebenaran dan kesesatan”
( Surah Al Baqarah: 256)..

tak perlu diperdebatkan lagi tanpa sebab tentang kepercayaan secara umum , apalagi Menghina sembahan atau kepercayaan agama alin….Zawawi jahil dalam membezakan perbuatan menghina Agama dan pendirian mengenai arak dalam Pemerintahan..Jahil seorang Agamawan dengan bermudah mudah menghina Kitab Injil dan Bible di selewengkan.. ada ketika kalimah itu benar, Tetapi cara itu Bathil..

2- ISLAM MEMBENARKAN BERHALA ?

Itu sebabnya, Di dalam Islam.. adanya larangan menghina sembahan Agama lain, Sebagaimana firman Allah..

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ..
” Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan..”
( Surah Al-An’am Ayat 108 )

Apakah larangan Allah ini disebab Islam atau Nabi ﷺmembenarkan Berhala.. jawapannya tidak.. menyembah selain Allah itu dilarang sama sekali.. ayat ini adalah contoh yang disampai Imam Syaitibi dalam membahaskan tentang implikasi atas sesuatu perbuatan..

kalau dalam Fiqh Muwafaqat.. menyentuh bab Fiqh maalat.. kata Imam Syaitibi tentang satu kedah..

النظر في مآلات الأفعال…
“Melihat kepada kesan/implikasi perbuatan”

Maknanya firman Allah mengingatkan akan kesan hinaan dan implikasi dari hinaan atas kepercayaan agama lain.. Bukan soal kepercayaan itu benar atau salah..

Itu sebabnya dalam Sejarah pemerintahan Islam, Jaminan kepada amalan,Kepercayaan agama lain itu dihormati, hatta dalam Perjanjian Umar(العهدة العمرية) , atau dengan dengan nama lain(ميثاق ايليا) ketika tentera Islam menawan kota Baitul Maqdis, saidina Umar memberi jaminan kepada berhala, Gereja kelompok Kristian.. Bukan bermakna saidina Umar membenarkan penyembahan Berhala..

Perjanjian ini antara Khalifah Umar dan Patriarch Sophronius.. Apa kandungan perjanjian ini ?? Antara ianya bertulis..

أنه لا تسكن كنائسهم ولا تهدم ، ولا ينتقص منها ولا من حيزها ، ولا من صلبهم ، ولا من شيء من أموالهم ، ولا يكرهون على دينهم ، ولا يضار أحد منهم ..

GEREJA-GEREJA mereka tidak akan diduduki (dirampas) atau dihancurkan, tidak akan dikurangi ataupun dipindahkan. Tidak akan dirampas SALIB dan harta benda mereka, walaupun sedikit.. Mareka tidak akan dimusuhi dan dipaksakan sesuatu atas keyakinan agama mereka, mereka tidak akan diganggu atau diancam walau seorangpun dari mereka..”

Jangan jadi Jahil seperti seperti Zakir Naik, Ketika dalam soal jawab di Indonesia..bila ditanya Non Muslim tentang terbukanya Kerajaan bukan Islam kepada Masjid..Dia jawab, Itu tandanya mereka itu Munafik.. sebab aitu ku mengkritik Zakir Naik dengan cara dia berdakwah tidak sesuai di negara kita di Malaysia..dia datang dari aliran takfir dan Doktrin Wahhabism..

3- ARAK : APAKAH PEMIMPIN ISLAM DI KELANTAN KEDAH DILAKNAT ?…

Bukan sekadar kenyataan Zawawi menyentuh pasal arak didalam Bible itu salah.. Tetapi lebih teruk dari itu menghina Kitab agama lain sebagai terpesong.. Sedangkan yang diharamkan itu adalah mabuk bukan arak,
kalau baca Sejarah Islam, diawal kedatangan Islam iu sendiri arak tidak diharamkan.. yang diharamkan itu adalah mabuk (وَأَنتُمۡ سُكَـٰرَىٰ). Apakah Zawawi jahil dengan Ayat Quran ini ?

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقۡرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ
Wahai orang² yg beriman, jangan kamu hampiri solat(mengerjakannya) sedang kamu dlm keadaan mabuk, hingga kamu sedar & tahu apa yg kamu katakan.
(Surah An-Nisaa ayat 43 )

Jika kita ikut kefahaman jahil Zawawi kepada Agama lain, Apakah boleh kita katakan Kerajaan Kelantan yang mengeluarkan lesen untuk premis minum arak, atau kerajaan Kedah yang mengekalkan premis judi telah menyalahi Kitab Islam ? sebab perbuatan Kerajaan PAS Kelantan,Kedah dan Terengganu itu termasuk dalam kelompok 10 golongan yang dilaknat Allah.. jawapannya tidak..

4 – PENDEKATAN HIKMAH DAN TADARRUJ..

Memberikan hak meminum arak kepada bukan Islam juga dilakukan Nabi dalam piagam Madinah.. begitu juga di zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibn Aziz,
pendekatan Tadarruj(beransur ansur ) ini pernah disebut Khalifah Umar Ibn Aziz kepada anaknya yg mendesak agar perubahan dibuat secara drastik ketika memegang tampuk pemerintahan,
apa kata Khalifah Umar Ibn Aziz ? mengambil kira dari hikmah di dalam Quran, berkata Khalifah..

لا تعجل يا بني ” La Ta’jal ya Bunayya..
(Jangan Gopoh wahai anak aku ),

فإن الله ذمّ الخمر في القرآن مرتين , وحرمها في الثالثة …
sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al Quran dua kali, dan mengharamkan nya pada kali yang ketiga..
Berkata lagi Khalifah Umar Ibn Aziz kepadanya..

وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة ..فيدَعوه جملة , ويكون ذا فتنة..
dan aku takuti, kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara drastik(sekaligus), maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.”
(Al-Muwafaqat, Imam As-Syatibi, 2/94)

5- MUFTI, PENDAKWAH DAN ULAMA POLITIK INI ADALAH GAMBARAN RUWAIBIDHAH..

Itu sebabnya, Dala Pemerintahan ini, Ia berkait perkara Ijtihadiyah.. Tidak ada kaitan soal Kepercayaan(I’tiqadi), apalagi ada keperluan menghina Kitab atau sembahan… Ia berkait dengan ijtihad pemerintah menyentuh soal masalahah rakyat… sebagaimana kaedah Fiqh..

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة..
“pengurusan imam terhadap rakyat itu bergantung kepada kemaslahatan ”

Dan jika ada lesen yang diberi, tempat khas yang dibenarkan.. ia menepati kaedah Fiqh..

يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Ditanggung kemudaratan berbentuk khas bagi menolak kemudaratan berbentuk am..

Keputusan pemerintah itu tidak berkait dengan kepercayaan dan Aqidah.. Jadi bila PAS suatu masa dulu bila mengatakan mahu hapuskan arak, Tutup Kilang arak hanya retorik Politik yang dijadikan alat kelompok Ashabiyah… Hari ini Allah zahirkan Kerajaan 95% Melayu Islam pun tak mampu walau satupun kilang arak…

Bila suatu masa dulu ada pakar hadis, Mufti menggunakan Lafaz Rahmatan Lil Kafirin.. Lebih malangnya ayat Quran yang ditujukan kepada Kelompok Kuffar, Musyrikin Mekah mereka gunakan keatas kaum mukminin dan orang yang beriman…

Mereka menukar kata ” Rahmatan Lil A’alamin” kepada ” Rahmatan Lil Kafirin “..dari “Syiddatan ‘alal Kafirin” ditukar dengan ” syiddatan ‘alal mukminin” .. Inilah gambaran Kelompok Ruwaibidhah dan Khawarij.. Bila orang Agama sibukkan hal dan urusan pemerintahan.. sebagaimana disebutkan hadis kelompok Safih سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ (mereka yg Bodoh) yang banyak bicara urusan manusia(politik).. sebagaimana hadis Nabi..

الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ..
” Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

Ipohmali
Tazkirah Zohor
3 Nov 2020

Sumber :