Antara kehebatan Ulama PAS.. mereka bukan saja mengetahui nasib manusia di dalam Kubur sehingga dia menjadi jurucakap dan wakil Tuhan di Alam Kubur.. tetapi mereka mengetahui soal Syurga,Neraka..Samada Munafik atau Kafirnya seseorang.. begitu juga siapa saja yang ditakrifkan sebagai musuh Allah..
Bayangkan baru sekali menteri Tebuk Atap dari segerombolan pemimpinnya meminta Maaf.. Mereka sudah tahu itulah tanda seseorang itu Beriman atau tidak, dan Selain kelompok mereka pula..kalaupun mereka ini memohon Maaf, Itu tanda sifat Taqiyah atau Munafik.. walaupun seseorang itu Muslim..
Itulah Hebatnya Ulama PAS yang tidak ada kuasa ini hatta pada Pahlawan Perang di Zaman Nabi.. Sebab mereka ini mengetahui apa yang menjadi rahsia Allah di dalam hati hati manusia..
Apakah mereka tahu seseorang itu beriman, Musuh Allah atau Munafik, Apakah mereka itu telah membelah dada dada Manusia ?
Itulah persoalan yg diajukan Nabi kepada Sahabat Usamah ketika Perang..hatta yang dibunuh itu adalah musuh Islam.. orang Kafir.. di dalam Tafsir Ibnu Katsir Surah Al Anfal.. dibawakan satu Riwayat.. satu kisah dimana Setelah dia Mengucap dua kalimah Syahadah.. Tentera Islam tetap membunuhnya.. Apa kata Nabi ?
maka bersabda Rasulullah ﷺ kepada Usamah..
“أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ؟
” Apakah kamu membunuhnya sesudah dia mengucapkan, ‘ Tidak ada Tuhan selain Allah ?’
Berkata Usamah..
يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّمَا قَالَهَا تَعَوُّذًا…
Wahai Rasullullah , sesungguhnya dia mengucapkan nya semata-mata untuk melindungi dirinya…”
Berkata Nabi ﷺ kepada Usamah..
“هَلَّا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ ؟
” Adakah engkau belah dada nya untuk mengetahui isi hatinya ?
Apa yang dilakukan Ulama PAS hari ini, terutama Ulama yang memegang portfolio sebagai penjaga Alam Kubur, bukan setakat menjaga Alam sekitar.. Mereka mengetahui isi hati ,Iman seseorang.. Hatta tidak mampu ditentukan sahabat Nabi ﷺ..
Teringat akan satu babak dalam filem P Ramlee.. Filem Penyamun Ali Baba Bujang Lapok.. Bila Ketua Penyamun ini mati..Dia Mati dalam Keadaaan Senyum.. Bila dipersoal kenapa dia mati senyum.. Jawab ketua Penyamun itu.. ” Aku Mati Dalam Iman.. “…
Rupanya P Ramlee dah bagi tau kita awal dah.. Ketua Penyamun pun boleh mati dalam Iman..Apalagi Menteri tebuk Atap..
Ipohmali
Sumber :