Hasrat tatap anak sendiri tak kesampaian, jururawat hamil maut kerana Covid-19

Hasrat tatap anak sendiri tak kesampaian, jururawat hamil maut kerana Covid-19.

Seorang jururawat hamil tidak sempat menatap wajah anak ditunggu selama 10 tahun, selepas meninggal dunia akibat Covid-19, di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, semalam.

Harian Metro melaporkan, mangsa, Norfaizah Mohamed, 34, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 pagi ketika kandungannya berusia 26 minggu.

Bagaimanapun, bayi tidak cukup bulan berkenaan berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan, susulan keadaan jururawat semakin tenat dipercayai berada dalam kategori lima jangkitan Covid-19.

Difahamkan, mangsa menerima jangkitan wabak daripada pesakitnya.

Bayi jururawat berkenaan kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Zaini Hussin, mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Beliau berkata, allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/15/jururawat-hamil-korban-covid-19-tak-sempat-tatap-cahaya-mata-ditunggu-sedekad/

Baca Juga :Jazlan tak tahu ada pertemuan MP Umno, serah kepada Agong buat keputusan