Hasil pertemuan Ketua Parti dalam sesi menghadap Agong bakal dibawa dalam perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

Hasil pertemuan Ketua Parti dalam sesi menghadap Agong bakal dibawa dalam perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan bermula pada 2.30 petang esok.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media dikeluarkan Istana Negara.

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddln Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima menghadap seramai 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di lstana Negara, bermula pada 9 Jun hingga petang hari ini.

Selain para pemimpin parti politik Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap YAB Bhg. Tun Arifin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021,di istana Negara hari ini.

Dalam sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan dari mereka tentang pelbagai isu.

Per1u diperjelaskan disini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti poltik adalah asas inisiatif serta keprihatinan tinggl Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.

Susulan sesi-sesi menghadap ini, pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh para pemimpin parti politik akan diwasilkan di Perblncangan Khas Raja-Raja Melayu esok yang akan bermula pada jam 2.30 petang.

Selain daripada itu, beberapa pakar dari agensi-agensi Kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkailan kesihatan,keselamatan,politik dan ekonomi negara di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok.

Dato’ lndera Ahmad Fadli Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja
lstana Negara

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/144354/BERITA/Nasional/Perbincangan-Khas-Raja-Raja-Melayu-esok