Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan. Kerajaan menfailkan notis usul untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah banglo, kereta dan kedai pejabat milik seorang lelaki yang didakwa sebagai rakan sekutu ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Casey Tang Keng Chee.

Keng Chee yang juga bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan melarikan diri ke luar negara dan masih belum dikesan oleh pihak berkuasa.

Notis usul itu difailkan melalui Pendakwa Raya tahun lalu bagi menuntut harta berkenaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Baca Artikel Penuh