“Harimau 50 meter didepan mata”, penternak kongsi pengalaman

“Harimau 50 meter didepan mata”, penternak kongsi pengalaman

“Harimau 50 meter didepan mata”, penternak kongsi pengalaman. Seorang penternak lembu di FELDA Perasu, dekat sini, kerugian lebih RM25,000 apabila tujuh lembunya dibaham harimau sejak sebulan lalu.

Dalam kejadian terbaru jam 7 pagi semalam, dikatakan seekor lagi lembu miliknya yang dilepaskan dalam kawasan ladang sawit tidak jauh dari rumahnya, dibaham haiwan liar berkenaan.

Ibrahim Derani, 64, mendakwa dalam kejadian itu, anaknya yang sedang mengembala lembu dalam ladang itu terserempak dengan harimau berkenaan.

"Harimau 50 meter didepan mata"

Beliau berkata, anaknya dikatakan melihat harimau berkenaan sedang mengheret seekor anak lembu dalam keadaan berdarah sejauh hanya 50 meter.

“Anaknya terus bergegas melarikan keluar daripada kawasan ladang sawit kerana bimbang diancam haiwan berkenaan.

“Selepas kejadian itu, anaknya masih ketakutan untuk memasuki ladang kelapa sawit kerana khuatir harimau berkenaan masih berada di situ.

“Bukan lembu ternakan saya saja yang menjadi mangsa dibaham harimau itu tetapi juga lembu ternakan rakan yang lain sejak sebulan lepas,” katanya.

Seorang lagi peneroka FELDA Perasu, Deraman Omar, 75, pula berkata, masalah harimau yang kerap ditemui berkeliaran dalam ladang kelapa sawit amat membimbangkan.

Katanya, ia boleh mengancam keselamatan kerana ladang sawit itu menjadi tempat peneroka mencari rezeki memotong tandan sawit.

“Kami harap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) segera mengambil tindakan menangkap haiwan liar ini,” katanya

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/06/830321/harimau-baham-tujuh-lembu