Harga ulat ini dah macam daging wagyu, satu kampung berebut kutip

Harga ulat ini dah macam daging wagyu, satu kampung berebut kutip. Kehadiran ulat ‘kayangan’ dikenali Lamas atau Lelamaih di tepi jalan di Kilometer 7 Jalan Dalat-Sungai Kut di sini, mencetus fenomena apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mengutipnya.

Tinjauan mendapati, orang ramai dilihat mengutip ulat yang mampu mencecah harga RM400 hingga RM600 sekilogram (kg) itu yang merayap di atas jalan raya serta di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan.

Menurut penduduk Kampung Sungai Kut, kehadiran ulat itu disedari apabila ia dijumpai merayap di atas jalan raya yang terletak di Kilometer 7 Jalan Dalat- Sungai Kut sejak semalam.

Baca Artikel Penuh