Harga sebiji tembikai ini bernilai RM25,000

Harga sebiji tembikai ini bernilai RM25,000. Tembikai jenis Densuke dari Jepun dilaporkan adalah yang paling terkenal dan mahal berbanding lebih 1,200 tembikai jenis lain di seluruh dunia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Tembikai itu hanya ditanam di Pulau Hokkaido, utara Jepun dalam kuantiti kecil yang jarang melebihi 100 biji setahun.

Densuke dianggap salah satu tembikai paling jarang di dunia. Ia bukan sejenis buah yang akan ditemui di pasar atau kedai runcit.

Tembikai itu sebaliknya dilelong kepada pembida tertinggi dalam acara yang dinanti-nantikan pada harga beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit.

Buah tembikai Densuke paling mahal pernah dijual pada harga harga 750,000 yen (RM25,121) sebiji dalam tahun 2019.

Bagaimanapun, harganya telah turun sejak dua tahun lalu disebabkan oleh pandemik Covid-19 tetapi masih kekal sebagai tembikai termahal di dunia setakat ini.

Densuke terkenal dengan kulitnya yang hitam dan berkilat. Buahnya dikatakan rangup dan mempunyai tahap kemanisan paling tinggi berbanding tembikai jenis lain serta kurang biji.

Harganya yang mahal ditetapkan berikutan faktor masa dan dedikasi diperlukan dalam penanamannya.

Menurut majalah The Gardener, tidak dijelaskan mengapa tembikai Densuke tidak ditanam secara meluas di luar Jepun tetapi benihnya dilaporkan tersedia secara komersial di Eropah dan Amerika Utara.

BACA:

Kecoh dakwaan Siti Bainun ada kaitan dengan Tun Mahathir, lelaki ini beri penjelasan

Cara daftar laptop percuma khas untuk mahasiswa, rebut sebelum terlambat

Cara mudah transfer ePemula ke dalam akaun bank sendiri

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Harga sebiji tembikai ini bernilai RM25,000 […]