Harga ayam, telur pada Ogos cecah paras paling tinggi

Harga ayam, telur pada Ogos cecah paras paling tinggi

Harga runcit sebiji telur ayam di seluruh negara untuk bulan ini merekodkan paras paling tinggi sepanjang tahun ini, menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Menerusi kenyataan jabatan itu, sebiji telur gred A dijual pada harga 44 sen, manakala gred B pula ialah 41 sen dan gred C cuma 39 sen.

Harga berkenaan lebih tinggi berbanding rekod pada Julai lalu iaitu masing-masing hanya 42 sen, 39 sen dan 36 sen manakala pada Jun lalu masing-masing 40 sen, 36 sen dan 32 sen.

harga

BACA JUGA : Pegawai polis ini tunjuk tips mudah dan selamat elak Whatsapp kena hack

Rekod harga paling rendah bagi telur gred A pada tahun ini dicatatkan pada Mei lalu iaitu 36 sen, gred B pula sebanyak 33 sen dari Mac hingga Mei dan gred C ialah 29 sen pada April.

Sementara itu, pada tahun lalu, harga sebiji telur ayam gred A yang paling murah pernah direkodkan pada minggu kedua Mac iaitu 28 sen, manakala paras paling mahal pada minggu kedua Jun iaitu 41 sen.

Dalam perkembangan sama, DVS turut melaporkan kenaikan harga runcit daging kambing bulan ini iaitu RM49.60 sekilogram, paras tertinggi untuk tahun ini dan telah bertambah lima sen berbanding pada bulan lalu.

“Paras terendah direkodkan ialah RM44.05 pada Januari lepas, namun pengiraan kali ini juga berbeza daripada tahun lalu berdasarkan harga daripada ladang integrasi dan ladang fidlot,” katanya.

Dalam pada itu, DVS turut memaklumkan harga runcit ayam bulan ini juga paling tinggi untuk sepanjang tahun ini yang tidak lagi menggunakan format lama iaitu pedaging dan kacukan, sebaliknya, harganya dibahagikan kepada jenis ayam hidup, kampung, proses standard dan super dengan sekilogram masing-masing RM6.95, RM14.90, RM8.45 dan RM9.60.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/24/harga-telur-kambing-ayam-bagi-ogos-cecah-paras-tertinggi/