Harga ayam : Pembeli tersenyum, peniaga menangis….

Harga ayam : Pembeli tersenyum, peniaga menangis….

Pembeli tersenyum .Peniaga menangis.

Saya tunjukan bagaimana pengiraan mudah utk dapatkan kos jualan ayam hari ini.

Harga KAWALAN ayam hidup

Rm5.8-6.3/kg (ladang ke borong)

(Purata) rm6.0kg x 2kg = rm12.00

Kos minimum

(gaji , logistik ,gas , letrik dll)

= Rm1/ekor

Total kos .. rm13/ekor

Ayam 2kg yg di proses

-Susut
-bulu
-perut ..=-0.35kg (18%)

Berat bersih tinggal ~1.65kg

Kos/kg

Rm13/1.65kg = rm7.88/kg

Harga KAWALAN yang ditetapkan KPDNHEP ..

Borong rm 7.10/kg
Runcit rm 7.90/kg

Saya yg dah berniaga lebih dari 30 tahun masih tercari2 formula apa yg digunakan KPDNHEP dalam menetapkan harga kawalan kali ini.

Harga kawalan ayam aidilfitri tahun lepas 2020 rm7.50/kg .

Kementerian pun mengakui kenaikan kos dedak hampir 20% dan tak dapat mengawal kenaikan tersebut .Sepatutnya harga kawalan baru juga dicampur 20% dari kos tersebut.

Niat kpdnhep utk menjaga golongan majoriti rakyat malaysia memanglah bagus tetapi dalam masa yang sama golongan minoriti peniaga perlula juga diambil kira. Ini adalah fakta dan sy harus berkata benar walaupun pahit.

Jangan sampai suatu hari nanti meja2 pasar kekosongan kerana peniaga tidak lg mampu menanggung kerugian berterusan selama sebulan ini .

Sumber :