Hanya sokongan MP boleh tentukan kerajaan PN tumbang atau tidak – Che Abdullah

Hanya sokongan MP boleh tentukan kerajaan PN tumbang atau tidak. Sama ada tumbang atau tidak kerajaan Perikatan Nasional susulan tindakan UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang.

sokongan

“Yang menentukannya (tumbang atau tidak) adalah sokongan bilangan Ahli Parlimen. Belum tentu semua Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan setelah keputusan ini dibuat dan belum tentu pula Ahli Parlimen pembangkang tidak datang menyokong.
“Ramai pembangkang mesra kerajaan jadi tumbang atau tidak hanya boleh ditentukan sokongan dalam Parlimen. Tak boleh kata satu keputusan itu (membuatkan) kerajaan ini tumbang,” ujar Che Abdullah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Beliau berpandangan, keputusan yang dibuat UMNO itu harus dihormati.

Bagaimanapun beliau mengambil sikap tunggu dan lihat natijah susulan keputusan yang dibuat oleh UMNO berkenaan.

Che Abdullah sebelum itu menyampaikan bantuan makanan dan peruntukan bagi membantu rakyat terkesan bagi kawasan Parlimen Tumpat berjumlah RM544,000.

Ia membabitkan peruntukan RM100,000 bagi empat Dewan Undangan Negeri (DUN), masing-masing DUN Wakaf Baru, Pasir Pekan, Kelaboran dan Pengkalan Kubor.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/pn-tumbang-atau-tidak-hanya-boleh-ditentukan-melalui-sokongan-ahli-parlimen-che-abdullah-307315

kalau Anda terlepas: Jawatan TPM : Ahli MKT Umno buka cerita apa yang berlaku