Hanya kerajaan dapat mandat rakyat akan diiktiraf dunia – Tok Mat

Hanya kerajaan dapat mandat rakyat akan diiktiraf dunia. Cadangan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU15) dipercepatkan bukan disebabkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya bagi membolehkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat mentadbir negara ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau tidak mahu kerajaan yang mentadbir negara ini tidak diiktiraf dunia sekali gus memberi kesan kepada ekonomi dan menjejaskan rakyat.

“Kalau boleh kita adakan PRU supaya memberi mandat kepada rakyat (pilih kerajaan). Apa yang saya katakan bukan kerana BN bukan kerana UMNO, tetapi saya melihat kerajaan ini mesti mendapat mandat.

“Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat akan diiktiraf seluruh dunia. Itu maksud saya,” katanya ketika sidang media selepas Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan, malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sepatutnya hanya seorang Perdana Menteri dilantik bagi satu tempoh PRU, namun berbeza dengan Malaysia kerana mempunyai tiga Perdana Menteri untuk satu penggal.

“Jadi jangan anggap saya nak buat PRU ini sebab kita baru menang Melaka (PRN). Sebab kita nak pulangkan mandat kepada rakyat, kalau rakyat nak kerajaan A, kerajaan A lah,” katanya.

Mohamad sebelum dilapor mencadangkan PRU-15 perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat supaya kerajaan mendapat mandat baharu daripada rakyat.

BACA JUGA : Bekas Pengarah JKR Melaka kena denda RM5 juta, penjara 15 bulan

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 5 days

    Great site! I am loving it!! Will be back later to read some more. I am bookmarking your feeds also.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Hanya kerajaan dapat mandat rakyat akan diiktiraf dunia – Tok Mat […]