Hanya 4 kematian libatkan individu lengkap vaksin direkodkan – Dr Hisham

Hanya 4 kematian libatkan individu lengkap vaksin direkodkan .Hanya empat kes atau 0.03 peratus kematian dalam negara akibat COVID-19 melibatkan individu yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Ia berdasarkan perkongsian analisis data klinikal terbaharu yang didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitternya.
Malah jelasnya, berdasarkan jumlah kumulatif 12,993 kematian yang direkodkan dalam negara, hanya 80 (0.6 peratus) daripadanya sudah menerima satu dos suntikan.

“Analisis data klinikal terbaharu kami berkaitan ‘peningkatan kematian’ menunjukkan daripada keseluruhan 12,993 kematian direkodkan, 80 kes sudah menerima satu dos vaksin (0.6%).
“Dan empat kes sudah melengkapkan vaksinasi (0.03%),” jelasnya.

Hanya

Terdahulu, dalam perkongsian berasingan di Twitter, beliau sekali lagi beri jaminan vaksin COVID-19 berkesan terhadap varian Delta.

Ia susulan laporan penurunan kes kemasukan pesakit COVID-19 ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang dilaporkan berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lepas.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-003-peratus-kematian-akibat-covid19-melibatkan-individu-lengkap-vaksinasi-314695

BACA: Pemimpin Pas kelihatan berada di ibu pejabat Umno