Hanya 1.8 peratus lagi untuk capai ‘Herd Immunity’ populasi dewasa

Hanya 1.8 peratus lagi untuk capai ‘Herd Immunity’ populasi dewasa.Sasaran kerajaan untuk mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa sebanyak 80 peratus hampir dicapai apabila kini hanya tinggal 1.8 peratus daripada penduduk untuk dilengkapkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 78.2 peratus daripada populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi.

“Tumpuan ketika ini diberi kepada vaksinasi di negeri-negeri untuk mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi menjelang akhir September.

“Pada bulan ini, kadar liputan adalah lebih tinggi apabila usaha melakukan vaksinasi rakyat ditumpukan di negeri-negeri yang masih mencatatkan kadar vaksinasi rendah iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Sabah seperti yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin, di sini hari ini. Turut hadir, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Hanya

Tambah Dr. Adham, liputan vaksinasi di kebanyakan negeri ketika ini berada pada landasan baik terutamanya di Sarawak, Labuan dan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Justeru, trend penurunan kadar vaksinasi dapat dilihat di kawasan tersebut. Bagaimanapun, tidak bermakna usaha vaksinasi diperlahankan sebaliknya lebih tertumpu kepada negeri dan kawasan yang tertentu termasuk bagi menyasarkan kumpulan yang tercicir.

“Untuk makluman, kadar vaksinasi negara yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 232,559 suntikan dos dengan jumlah terbesar diberi di Sabah, Johor dan Lembah Klang,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Adham turut memberitahu proses vaksinasi melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) telah mencapai 89.9 peratus atau seramai 517,447 orang daripada 575,564 orang yang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Seramai 401,425 daripada mereka telah lengkap vaksinasi penuh iaitu sekitar 69.74 peratus daripada jumlah OKU yang mendaftar untuk vaksinasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, bermula esok hingga 30 September ini, PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin akan mula dibuka untuk orang ramai secara datang terus (walk-in) melalui kaedah pandu lalu.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/hanya-tinggal-1-8-peratus-populasi-dewasa-capai-80-peratus-terima-vaksin/

BACA: Panas !!! Guru enggan vaksin disaran diberi VSS

COMMENTS

Wordpress (0)