1. Para peguam ini amat kaya dengan pelbagai tradisi yang mungkin kelihatan agak unik dan hanya ada dalam profesion tersebut sahaja. Ya, saya akui kadangkala ia kelihatan “very english”! .
2. Antara tradisi yang saya ingat setiap kali kami nak “call to the bar” ( selepas habis proses yang dikenali sebagai chambering atau pupillage ), kami akan buat “courtesy call” ke kamar hakim. Selepas sessi “call to the bar” ( diterima jadi peguam ), kami biasanya akan adakan jamuan yang melibatkan para peguam ( members of the bar ) dan juga pihak judiciary. Itu sudah jadi tradisi. Semasa tempoh chambering para pelatih dalam kamar ( chambering students ) digalakkan melakukan ” courtesy call” para senior lawyers. Tak wajib ia satu tradisi.
3. Semasa upacara “call to the bar” akan ada sessi menyarung jubah peguam. Ia dilakukan oleh “master” pelajar chambering itu. Juga satu tradisi.
Hanya lawyer yang senior ( sudah lebih 7 tahun in practice ) yang boleh ” move” pelajar chambering untuk jadi lawyer dalam sessi ” call to the bar ). Master tak boleh ” move”. Ia juga tradisi.
4. Sikit tentang jubah peguam. Biasanya jubah peguam ini lawyer pakai hingga lusuh warnanya. Makin lusuh warnanya dan makin ” mereput” kainnya menggambarkan seniority para peguam. Boleh sahaja nak beli jubah baru tapi lawyer tetap pakai jubah yang lusuh dan hampir mereput. Itu juga sebahagian tradisi lawyer.
4. Jika seorang peguam junior minum atau makan dengan senior lawyer, tradisinya peguam junior tak dibenarkan keluar duit untuk membayar. Ia juga satu tradisi
5. Di dalam mahkamah, we , the lawyers will address our rakan peguam as ” my learned friend” meskipun kami berlawan sakan dalam mahkamah.
6. Bila rakan peguam bangun berhujah, peguam yang lawan dia tidak boleh bangun dalam masa yang sama. Itu dikira very rude. Kena duduk dan hormat. Ia dipanggil “judicial decorum” . Itu juga” part of our rich traditions”.
7. Sebenarnya banyak lagi. What i want to drive home the point is that program majlis makan malam dan tari menari yang di”panas”kan tak tentu fasal itu hakikatnya ia sebahagian daripada tradisi tersebut.
8. Ya,saya akui ia mungkin kelihatan sedikit kebaratan dan dilihat oleh “pihak pihak suci” tidak ” syariah compliant” .Tetapi , bagi saya, menyokong dan memberi “nyawa” dan “oksigen” suatu masa dahulu pada rejim kleptokratik” juga bukan lah islamic atau ” syariah compliant” sangat.
So please lah stop berlakon!