“Hancur hati bila tahu diri sendiri anak luar nikah selepas 35 tahun, ibu curang rupanya”. Dalam agama Islam, nasab merupakan perkara wajib yang perlu dititikberatkan. Terdapat pelbagai kesan negatif melibatkan masa hadapan dan keturunan si anak jika hal ini dipandang ringan.
Seperti luahan individu ini, dia mendapat tahu bukan darah daging bapa selepas 35 tahun hidup. Perkara itu terbongkar apabila dia diberi petunjuk untuk melakukan ujian DNA. Ibu mengaku dia adalah hasil hubungan sulit ketika bapanya keluar outstation.
Setelah 35 tahun baru tahu rupa-rupanya bukan anak kandung, Ibu ‘curang’ masa Abah outstation
Gambar Hiasan
Lebih menyedihkan apabila si ibu merahsiakan kebenaran tersebut daripada pengetahuan bapa. Malah, ketika si anak berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu, si bapa menjadi wali pernikahannya. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jelas individu ini lagi, ketika luahan dibuat bapanya yang sakit masih tidak mengetahui hal sebenar. Apabila bertanyakan hal itu kepada ibu, ibunya hanya mampu diam dan menangis.
Malah, wanita ini juga berasa bimbang untuk memaklumkan status perkahwinannya yang tidak sah itu kepada suami. Dia kecewa menerima hakikat anak-anaknya adalah hasil perkahwinan yang tidak sah. Nauzubillah.
Isu hukum nasab ni tak boleh bawa main, tak boleh menipu atau sorok kata “xper, biar anak nama bapa (bkn bapa kndung)”, sebab ianya merosakkan keturunan (spt kes ini). Perlu kuat utk ke mahkamah syariah spy siasat & diputuskan.
Semoga menjdi pengajaran. Nauzubillah🥺 pic.twitter.com/RpVvuVtLuR
— Hasanah Johari 🇲🇾🇵🇸🏴 (@TkeyJoe) September 13, 2021
Peguam syariah, Hasanah Johari yang mengulang siar kisah tersebut berharap perkongsian ini dapat dijadikan sebagai pengajaran. Menurutnya, isu nasab bukanlah perkara main-main. Ibu atau bapa tidak seharusnya menipu kerana ianya boleh merosakkan keturunan.
Katanya lagi, pengadu harus ke mahkamah syariah untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/dapat-tahu-bukan-anak-kandung-bapa-lepas-35-tahun-ibu-curang-masa-abah-outstation/
Tonton:
Baca:
Penggali kubur tergamam jumpa harta karun peninggalan kerajaan kuno
Tercicir gelang emas dalam lori sampah, pekerja terpaksa ‘kuis’ semua sampah
Kisah gadis cantik suka pakai tudung walaupun bukan islam tarik perhatian…