Halau penerima bantuan? Ini sebenarnya yang berlaku

Halau penerima bantuan? Ini sebenarnya yang berlaku

Halau penerima bantuan di Dun Taman Templer? Ini sebenarnya yang berlaku. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kesemua DUN di dalam Negeri Selangor termasuk PKM DUN Taman Templer pada masa ini sedang menjalankan program agihan Bakul Makanan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan kepada rakyat yang benar-benar terkesan akibat pelaksanaan PKP di dalam DUN masing-masing.

Setiap warga Selangor yang berdaftar sebagai pemilih di dalam DUN masing-masing dan benar-benar memerlukan bantuan Bakul Makanan adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut melalui PKM DUN masing-masing.

Halau penenerima bantuan

Setiap hari para petugas PKM DUN Taman Templer melakukan operasi pengagihan bantuan Bakul Makanan tersebut di DUN kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan parti politik.

Kaedah agihan dan SOP yang dilakukan adalah seperti berikut:

– pemohon yang merupakan pengundi di DUN Taman Templer boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di poster/iklan program ATAU walk in.

– sebelum mengisi kupon bantuan, mereka akan disemak terlebih dahulu no kad pengenalan dan lokasi tempat mereka mengundi dan diwar-warkan terlebih dahulu supaya memastikan dimana tempat mereka mengundi.

– jika mereka pengundi di DUN lain, pegawai yang bertugas akan meminta mereka pergi ke PKM DUN tersebut kerana bantuan Bakul Makanan untuk mereka ada di PKM DUN tersebut yang telah sedia diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertindanan atau pengulangan dalam menerima bantuan dalam keadaan masih ramai yang memerlukan.

Dakwaan kononnya terdapat rakyat yang datang ke PKM Taman Templer telah ‘dihalau’ adalah suatu fitnah yang berniat jahat.

Dakwaan mereka yang berkenderaan mewah pun menerima bantuan, tiada bukti kukuh. Tempat agihan bantuan berdekatan deretan kedai makan. Apa bukti kenderaan tersebut milik penerima bantuan?

Di pihak PKM DUN Taman Templer, kami bersedia menerima teguran jika berlaku salah faham, kesilapan komunikasi dan sebagainya. Bukanlah suatu hal yang mudah untuk menguruskan puluhan penduduk yang hadir setiap hari, apatah lagi dalam suasana tekanan hidup pada hari ini.

Semoga penjelasan ini menjawab fitnah yang disebarkan.

Ketika ini rakyat sedang menghadapi kesusahan. Kerja-kerja mencari publisiti dengan memfitnah dan memburukkan khidmat pihak lain, sangatlah memalukan.

Kami akan terus memberikan khidmat semampu mungkin bagi membantu mereka yang sangat memerlukan khasnya para pengundi di DUN Taman Templer ini. ADUN dan petugas PKM DUN Taman Templer akan terus komited dalam memastikan kesemua bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran.

PKM DUN Taman Templer
01 Julai 2021

Jika Anda Terlepas: 150 mayat ‘tiba-tiba’ terapung di sungai