Halal makan daging penguin – Dr Zulkifli Al Bakri

Halal makan daging penguin – Dr Zulkifli Al Bakri. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat bahawa daging penguin halal untuk dimakan kerana haiwan itu termasuk dalam kategori burung air.

Selain itu, menurutnya, ia juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat hingga boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i.

Halal makan daging penguin - Dr Zulkifli Al Bakri

“Imam al-Ghazali menyebut bahawa semua burung air hukumnya harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain.

“Kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram (dimakan) kerana dalam hal ini terdapat dua pendapat mengenainya, iaitu sama ada halal atau haram.

Halal makan daging penguin - Dr Zulkifli Al Bakri

“Justeru, begitu juga hukumnya ke atas daging penguin iaitu halal dimakan kerana ia sebagaimana hukum burung-burung air yang lain,” katanya dalam perkongsian di Facebook Maktabah Al-Bakri pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Allah SWT memerintahkan manusia sama ada yang beriman atau kafir supaya memakan apa yang ada di atas muka bumi yang terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan dan haiwan yang halal untuk mereka.

“Bukan dengan cara merampasnya, mencuri atau menjual beli yang diharamkan.

“Manakala lafaz ‘tayyiban’ pula bermaksud bukan daripada perkara yang buruk yakni kotor dan jijik seperti bangkai, darah dan daging babi,” ujar beliau.

Baca Juga : Mohon sekarang ! Ini cara dapatkan bantuan RM 1400 B40
Tular dakwaan Maybank akan habis duit? Ini penjelasannya…
Polis guna kaedah perangkap had laju dari dalam kereta sempena CNY 2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)