Guru maut dirempuh lori dalam perjalanan ke sekolah

Seorang guru dalam perjalanan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Melaka maut selepas keretanya dirempuh sebuah lori, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi mangsa, [email protected] Sakura Muhammad Perang, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Guru maut dirempuh lori dalam perjalanan ke sekolah

Kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Honda City dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Melaka. (Gambar Bomba)

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Honda City dalam perjalanan dari arah Taman Nuri menuju ke sekolah berkenaan.

Katanya, setiba di simpang tiga Jalan Alor Gajah Lama, mangsa yang cuba membelok ke kanan dirempuh sebuah lori dan diseret lebih 6 meter.

“Siasatan awal mendapati lori itu dari arah Krubong ke Nyalas. Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menurut laporan Kosmo.

BACA JUGA : Gempar !!! Blogger dedah strategi Bersatu ‘matikan’ Umno di PRN Melaka
Sajat dakwa jadi kambing hitam politik dan agama di Malaysia
Panas !!! Azmin kena ‘sekolah’ dengan Pemuda Umno

Artikel ini disiarkan pada 25/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)