Guru ditemui mati sambil duduk dalam rumah sendiri

Guru ditemui mati sambil duduk dalam rumah sendiri

Guru ditemui mati sambil duduk dalam rumah sendiri. Seorang lelaki dipercayai guru ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Lendu, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 52 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan duduk di kerusi oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.40 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi bagi melakukan operasi penyelamatan mangsa terkunci dalam rumah.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 12.47 petang dan bertindak memecahkan pintu rumah tersebut untuk masuk ke dalam.

“Kita kemudian mendapati mangsa lelaki dipercayai seorang guru tidak sedarkan diri dalam keadaan duduk di kerusi sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke Hospital Alor Gajah.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/lelaki-dipercayai-guru-ditemui-meninggal-dunia-di-rumah/

BACA JUGA : Lelaki ditemui mati tergantung di bengkel motosikal miliknya