Guru “dera” pelajar hingga tinggal kesan teruk pada kulit, ini rupanya yang berlaku..

Guru “dera” pelajar hingga tinggal kesan teruk pada kulit, ini rupanya yang berlaku..

Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 9 tahun dipukul oleh seorang guru dengan menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berusia 32 tahun berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Kedah.

Menurutnya, laporan dibuat oleh wanita berkenaan pada jam 4.36 petang pada hari tersebut.

“Semasa mengambil anaknya di sekolah pada jam 1 petang, dia mendapati lengan bahagian kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya mengalami kecederaan.

“Mangsa memaklumkan gurunya yang memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Ahmad Shukri berkata, bagaimanapun kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihaknya dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular kenyataan wanita tersebut di Facebook apabila mendakwa guru terbabit memukul anaknya dengan pembaris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada Khamis.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-dakwa-anak-dipukul-guru-kerana-tidak-siap-kerja-sekolah-294671