Guna Twitter je MITI hantar notis ke PDRM?, tanya netizen

Guna Twitter je MITI hantar notis ke PDRM?, tanya netizen

Dengan bermulanya satu lagi pusingan larangan merentas daerah hari ini, beberapa pekerja yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan kerja mengadu bahawa pihak polis dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) tidak senada dengan prosedur operasi standard (SOP) mereka .

Ini berlaku setelah beberapa pekerja yang menunjukkan surat kebenaran Miti kepada polis semasa sekatan jalan raya diberitahu bahawa mereka perlu mendapatkan cap daripada polis, walaupun Miti menyatakan bahawa tidak ada sebarang cap yang diperlukan.

Pengumuman Miti dibuat pada 7 Mei tetapi menurut beberapa pegawai polis mereka tidak menerima memo berkenaan, kementerian kemudian memutuskan untuk menghantarnya secara terbuka di Twitter.

[email protected] @PDRMsia_Trafik mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop,” kata Miti.

Ciapan itu sebagai mengulas rintihan seorang pengguna Twitter yang mengadu tentang pengalamannya ketika berdepan dengan polis semasa pergi bekerja.

Surat itu dikeluarkan oleh Miti kepada majikan yang kemudiannya diminta untuk memberikannya kepada pekerja mereka.

“Hari ini polis kata surat dari syarikat saya memerlukan cop polis,” kata pengguna Twitter itu.

Miti merakamkan pengharagaan kepada pengguna berkenaan kerana memaklumkan masalah tersebut sebelum terus memberi tag kepada polis di Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter lain, teruja dengan respons itu, menyarankan agar Miti harus memaklumkan pihak polis secara langsung.

Miti kemudian menjawab bahawa mereka sudah berbuat demikian.

“Kami juga sudah memaklumkan secara langsung,” katanya.

Larangan perjalanan rentas negeri dan daerah dikuatkuasakan semula pada hari ini susulan kebangkitan semula kes penularanCovid-19.

Walau bagaimanapun, beberapa pengecualian dibenarkan, termasuk perjalanan ke seluruh negeri atau daerah untuk bekerja sekiranya perniagaan itu mendapat kelulusan Miti.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/574065