Guna logo PN : Pas bukan nak lawan Umno, kata Idris

Walaupun PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), ia tidak bermakna mereka akan melawan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti, kata Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad.

Idris berkata keputusan menggunakan lambang PN itu tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, PAS masih mengutamakan perpaduan ummah menerusi kerjasamanya dengan UMNO dan BERSATU, malah terus memegang konsep menghadapi musuh yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka nanti.

Guna logo PN : Pas bukan nak lawan Umno, kata Idris

Perikatan Nasional memberi fokus kepada pertandingan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka November ini.

“Soal gosip liar yang mengatakan PAS seolah-olah cuba menentang UMNO pada PRN Melaka itu adalah satu persepsi yang tidak betul,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau terdahulu menyampaikan sumbangan bantuan Musa’adah Banjir kepada 127 penerima di Dewan Sungai Kerang.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Jamilah Zakaria.

Sementara itu, ditanya jawatannya sebagai Naib Presiden PAS pada Muktamar PAS Sabtu ini, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan ahli parti membuat pemilihan sama ada mengekalkan dirinya atau memilih calon lain.

“Saya tidak pernah melobi bagi mendapat sebarang jawatan yang ada dalam parti termasuk pada pemilihan jawatan Naib Presiden PAS yang berlangsung minggu ini.

“Dalam PAS, sesiapa yang dipilih dan dilantik memegang sesuatu jawatan, itu menandakan akan menggandakan bebanan bakal digalas di bahunya.

“PAS berbeza daripada parti lain, sebarang jawatan dilantik bukan untuk meraih kesenangan, sebaliknya ini bermakna kita menggalas tugas dan amanah dipertanggungjawabkan”, katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Dr Hisham dedah 790 kes Delta dikesan di Sarawak dalam seminggu
Dos penggalak : Ramai masih tidak yakin campur jenis vaksin berbeza

COMMENTS

Wordpress (0)