Gula-gula ‘Squid Game’ jadi popular

Drama bersiri Netflix Squid Game menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini dengan pelbagai perkongsian menarik.

Salah satu babak yang mencuri perhatian penonton drama Korea Selatan ini adalah permainan yang melibatkan ‘Dalgona Candy’.

Susulan itu, rata-rata pengguna TikTok dilihat berkongsi cara membuat gula-gula tersebut di akaun media sosial mereka itu.

Gula-gula 'Squid Game' jadi popular

Sesiapa yang berjaya mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tanpa memecahkannya akan dihidangkan satu lagi gula-gula secara percuma. – Foto REUTERS/Heo Ran

Boleh anda mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tanpa memecahkannya?

Gula-gula tradisional Korea Selatan ini diperbuat daripada campuran gula pasir dan soda bikarbonat.

Mengikut tradisi, sesiapa yang berjaya mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tanpa memecahkannya akan dihidangkan satu lagi gula-gula secara percuma.

Namun dalam drama siri Squid Game, pemain disajikan habuan lain, mereka terselamat daripada dibunuh.

Pengguna TikTok @audreysaurus menjelaskan gula-gula tersebut sering dijual di jalan biasanya oleh golongan warga emas.

@audreysaurushave you tried dalgona before..? 💭 #LearnOnTikTok #TikTokPartner #dalgona♬ Vlog Video work Fashionable BGM(847726) – Tsuyoshi_san

Tanda pagar #dalgona telah meraih lebih 1 bilion tontonan sejak drama siri itu disiarkan.

Usaha untuk mengeluarkan bentuk pada gula-gula tersebut tidak mudah seperti ditunjukkan pengguna TikTok @erictriesit.

@erictriesitReply to @honkgaby squid game part 3 #squidgame #squidgamenetflix #dalgona #dalgonacandy #korean #koreandrama #korea #netflix♬ Squid Game – Green Light Red Light – Yovinca Prafika

Video yang dimuat naik di akaunnya itu sehingga kina telah meraih lebih 76.6 juta tontonan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/gaya-hidup/resipi-gulagula-squid-game-tular-di-media-sosial-324389

BACA JUGA : Kerajaan Papua New Guinea menyesal beli 40 buah kenderaan mewah

COMMENTS

Wordpress (0)