Semalam, Kosmo! menerusi muka depannya melaporkan tentang gadis-gadis pelayan pelanggan (GRO)
Merwka yang mula memasuki pusat hiburan selepas sektor itu dibenarkan beroperasi semula pada bulan lalu.
Pembukaan semula sektor hiburan bermakna ia turut membuka peluang kepada ejen-ejen untuk mencari gadis cantik, manja, seksi dan menggoda untuk dijadikan sebagai ‘pelayan’.
Ia bagi memenuhi permintaan lelaki ‘kaki berhibur’ yang mengunjungi pusat hiburan dan karaoke terutama di Lembah Klang.Gaji sebagai GRO pun boleh tahan juga.
Mengikut pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, gaji yang diterima gadis GRO ini adalah mengikut kategori pusat hiburan.
Jika kategori sederhana, pendapatan mereka adalah RM450 hingga RM1,000, manakala bagi premis yang bertaraf eksklusif pula mereka mampu mendapat RM1,800 hingga RM3,000. Bayaran tersebut adalah untuk tempoh empat hingga lima jam bagi satu malam.
Secara kasar, seorang GRO berstatus VIP mampu meraih sehingga RM36,000 sebulan jika dia bekerja 20 hari. Pendapatan itu tidak termasuk tip yang diterima daripada pelanggan masing-masing.
Pendapatan bulanan mereka ini lebih tinggi seorang eksekutif sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia sedang bergelut untuk mendapatkan pekerjaan demi sesuap nasi.
Penulis mengulas panjang bukan untuk menggalakkan atau teruja dengan pendapatan yang diraih GRO, tetapi terkejut kerana mereka ini lagi-lagi warga asing begitu mudah menjana pendapatan di Malaysia.
Ada juga warga asing yang mencari pendapatan lumayan dengan menjalankan aktiviti penipuan.
Macam-macam penipuan yang mereka lakukan termasuklah Macau scam, love scam, parcel scam.
Yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia juga.
Ada juga yang terlibat kegiatan memproses dan menjual dokumen palsu untuk warga asing seperti yang dibongkarkan imigresen pada minggu lalu.
Sebab itu semasa operasi dijalankan oleh pihak berkuasa, kita mendapati ada dalam kalangan mereka ini yang menyalah guna pas lawatan.
Kumpulan tersebut masuk Malaysia sebagai pelancong dan kemudiannya bekerja di negara ini kerana mereka tahu ada permintaan.
Jika tidak ada permintaan mereka tidak mencari makan di sini. Selagi ada permintaan dan rasa selamat, mereka akan terus bekerja dan tinggal di Malaysia.
Bagi gadis-gadis GRO pula, mereka tahu lelaki Malaysia tidak kisah mengeluarkan belanja yang besar asalkan mendapat kepuasan semasa berhibur.
Tapi bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam kerana pihak berkuasa tidak pernah berhenti menjalankan risikan dan operasi bagi membanteras kegiatan ini.
BACA:Sarawak temui deposit sumber mineral bumi termasuk emas bernilai RM1.25 trillion
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio