Golongan dapat vaksin ‘serang’ antivaksin di Amerika

vaksin

Golongan dapat vaksin ‘serang’ antivaksin di Amerika. Penularan gelombang terbaru COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) berikutan ancaman varian Delta, mencetuskan kemarahan penduduk sudah divaksinasi terhadap golongan belum mendapatkan imunisasi itu.

Mereka menyalahkan golongan masih enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, atas perlanjutan pandemik itu sehingga sekatan terpaksa dikenakan semula walaupun sebelum ini telah dijanjikan musim panas yang ‘bebas’.

“Golongan itu seolah-olah tidak peduli mengenai orang lain. Mereka hanya mementingkan diri,” getus petugas penjagaan kesihatan, Alethea Reed, 58, kepada AFP.

Pekerja sosial klinikal, Anne Hamon, 64, turut meluahkan perasaan kecewanya akan sikap golongan berkenaan.

vaksin
“Bagi saya yang berada dalam kategori berisiko tinggi dan mempunyai pasangan berisiko sangat tinggi terhadap ancaman virus itu, ia benar-benar mengecewakan,” katanya.

Terdahulu pada minggu ini, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menyarankan agar golongan yang sudah menerima suntikan vaksin, kembali memakai pelitup muka di sebahagian besar kawasan merentasi AS.

Ia sekali gus menyaksikan sebilangan penduduk berang kerana menganggap kehidupan mereka terjejas akibat pilihan yang dibuat oleh orang lain.

Sebanyak 60.2 peratus penduduk dewasa di seluruh AS sudah menerima vaksinasi lengkap, setakat ini.

Ia jauh lebih rendah berbanding kadar 85 hingga 90 peratus perlu mendapatkan vaksin itu bagi mengekang penularan virus berkenaan, menurut pakar epidemiologi, walaupun dos terbabit sudah sedia dibekalkan sejak berbulan-bulan lalu.

Khamis lalu, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa jutaan kakitangan Persekutuan dikehendaki sama ada mendapatkan suntikan vaksin atau menjalani ujian saringan berkala serta memakai pelitup muka, iaitu langkah tegas sama diambil California dan New York.

Kesabaran dilihat jelas semakin menipis terhadap sikap mereka yang terus enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 atas pelbagai alasan, termasuk mendakwa ia berkait teori konspirasi.

“Kini, keadaan sudah beralih daripada memahami kepada tidak lagi mampu bersabar, dan daripada insentif kepada akibat,” kata David Frum yang menghasilkan penulisan bertajuk ‘Vaccinated America Has Had Enough’ dalam penerbitan The Atlantic.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/07/845051/tidak-lagi-mampu-bersabar

jika Terlepas: Gempar !!! Agong ada 48 jam untuk singkirkan PM?

COMMENTS

Wordpress (0)