Gila !!! Cucu sanggup ugut sembelih nenek sebab tak tunai permintaan

Gila !!! Cucu sanggup ugut sembelih nenek sebab tak tunai permintaan

Seorang pemuda sanggup mahu menyembelih neneknya yang berusia 75 tahun gara-gara permintaannya untuk mendapatkan tidak ditunaikan dalam kejadian di Kampung Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, semalam.

Tindakan lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun membawa padah apabila di diberkas pada pukul 12.05 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek didakwa melakukan ugutan berkenaan pada pukul 6 petang pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak meminta wang daripada mangsa dalam keadaan marah serta mengugut untuk menyembelih mangsa jika tidak diberikan wang.

“Mangsa berusia 75 tahun yang ketakutan itu kemudian melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum jirannya menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi si sini hari ini.

Difahamkan, suspek bertindak meminta wang dipercayai mahu membeli bekalan dadah.

Tambah Mohd. Sohaimi, susulan laporan itu polis memberkas suspek kira-kira enam jam selepas kejadian selain polis turut merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter panjang.

“Hasil semakan lampau mendapati suspek terbabit mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Mohd. Sohaimi turut memberitahu, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/04/23/cucu-ugut-sembelih-nenek/