Gesa mansuh sekolah vernakular, ketua pemuda Bersatu disiasat polis

Gesa mansuh sekolah vernakular, ketua pemuda Bersatu disiasat polis

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung isu sekolah vernakular sebelum ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keterangan itu diambil berikutan terdapat 17 laporan polis ke atas beliau.

“Memberi keterangan berkenaan kenyataan saya selaku Ketua Pemuda Bersatu tentang isu sekolah vernakular sebelum ini (rujuk: Sekolah Vernakular Perlu Dimansuhkan Secara Berperingkat).

“Saya difahamkan bahawa terdapat 17 laporan polis yang dibuat dari seluruh negara.

“Terima kasih IPD Sentul kerana sudi memudahkan urusan. Semoga ada sinar buat perpaduan nasional,” katanya di laman Facebook miliknya di sini, hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Armada menggesa sekolah vernakular perlu dimansuhkan secara berperingkat.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, usaha berkenaan perlu menjadi keutamaan agenda nasional dan bukannya digunakan sebagai bahan politik untuk sekadar meraih undi.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100218/BERITA/Politik/Wan-Ahmad-Fayhsal-beri-keterangan-di-IPD-Sentul

COMMENTS