Geng pintu belakang tak faham apa yang mereka sedang hadapi

Geng pintu belakang tak faham apa yang mereka sedang hadapi

Aku tak faham kenapa Kerajaan buat pembayaran bantuan Tunai di Akhir April ? Depa tahu tak 23 april kita dah start puasa.. ? soal rakyat dibawah yang hilang pendapatan, yang tidak punya wang dan makanan itu mendesak.. Terutama yang Bekerja sendiri dan kelompok bergaji hari kais pagi makan pagi.. Apakah Kerajaan nak biarkan rakyat dibawah kebuluran ?

Jelas sebenarnya mereka tidak faham sebelum mengumumkan apa apa dasar dan program rangsangan ekonomi, tak kira dari segi bantuan rakyat, Apalagi keperluan SME,IKS dalam kitaran Ekonomi.

Depa tak faham apa sebenarnya keperluan rakyat dibawah.. Masalahnya bukan wang, Tetapi rakyat susah dibawah, yang bergaji harian terputus pendapatan dan bekalan makanan sebab kerana terpaksa berkurung dirumah… Itu yang perlu diselesaikan dulu..

Itu sebab aku kritik bila bantuan yg dikatakan Prihatin ini menggunakan data dan model BSH dan BRIM, kerana sasarannya itu tak tepat.. dalam kita hadapi wabak COVID-19 ini..keperluan utama adalah orang yg hilang pendapatan..bukan kakitangan Kerajaan yang terima gaji Setiap Bulan..Atau kakitangan GLC seperti Telekom,TNB dan sebagainya…

Inilah masalahnya..Bila diajak untuk dibahaskan di Parlimen.. Angkuh! Akhirnya mereka Menteri berbincang di meja makan di rumah Muhyidin.. mereka tak faham pun apa keperluan rakyat dsaat depa dikurung..

kalau guna model dan data penerima bantuan BSH dan BRIM.. Yang untuk Kakitangan Kerajaan yg bulan ini terima gaji, dapat Bonus lagi..Lepas tu dapat pulak Bantuan Prihatin.. Ini tidak adil dan tidak menepati sasaran.. yang lain melarat tak makan..

Aku ni seumur hidup tak pernah dapat BRIM..Mohon pun tak pernah..tapi aku tengok nasib orang susah dibawah dan semakin teruk.. Orang yang berniaga dijalanan..yang bekerja dengan gaji harian..Mereka hari ini terdesak..

Bila nak bantu..Ini bukan Soal kita nak cari populariti atau Keuntungan Politik..tetapi memenuhi keperluan rakyat..!

Ipohmali

COMMENTS