Geng ‘Datuk Seri Nicky’ diberkas polis

Geng ‘Datuk Seri Nicky’ diberkas polis

Polis menangkap 68 orang yang dipercayai ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, semua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahan wang haram.

Menurutnya, jumlah rampasan wang, kenderaan dan pelbagai barangan lain berjumlah lebih RM7 juta.

Tambah beliau, turut dirampas adalah sepucuk pistol dan 40 butir peluru dalam 70 serbuan yang dilakukan dengan 118 warga tempatan dan warga asing diperiksa dalam serbuan sama.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/30/68-kumpulan-datuk-seri-nicky-ditangkap-kata-kpn/