Gempar !!! Zahid dakwa usaha masuk vaksin dilengah-lengahkan oleh kementerian ‘tertentu’

Gempar !!! Zahid dakwa usaha masuk vaksin dilengah-lengahkan oleh kementerian ‘tertentu’

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa usaha pihak lain untuk membawa masuk bekalan vaksin ke negara ini telah dilengahkan oleh “kementerian berkaitan”.

Dia berkata demikian ketika membangkitkan berkenaan pemberian vaksin yang didakwa perlahan.

“Ada ura-ura mengatakan terdapat pihak lain cuba membawa masuk bekalan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) tetapi usaha itu tergantung kerana dilengahkan kementerian berkaitan.

“Contohnya syarikat swasta dan yayasan dari Selangor dan Sarawak,” katanya di Facebook.

Katanya dalam nada sinis, ada rakyat yang sanggup membayar sendiri untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana mungkin tindakan kerajaan mungkin memakan masa “berabad lamanya”.

“Dua bulan sudah berlalu, proses pemberian vaksin bergerak perlahan. Di mana silapnya?

“Setakat Isnin lalu hanya 451,237 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Itu pun melibatkan insan terpilih.

“Rakyat? Sila tunggu,” kata Zahid.

Pemberian vaksin dipantau oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Ia dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Adham Baba, kedua-duanya daripada Umno yang dipimpin Zahid.

Khairy dilaporkan menafikan pemberian vaksin Covid-19 di negara ini “perlahan” dan berkata orang ramai harus mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kata Zahid, sebelum ini kerajaan memberikan publisiti meluas ketika ketibaan bekalan pertama vaksin Covid-19 pada Februari lalu.

“Besar harapan rakyat suntikan dapat disegerakan. Perintah kawalan pergerakan tak perlu dilaksanakan lagi, tiada lagi laporan ribuan kes sehari,” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan setakat ini tidak mencapai harapan yang diberikan.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/571689