Gempar !!! Zahid beri bayangan mungkin bentuk k’jaan dengan PH

Gempar !!! Zahid beri bayangan mungkin bentuk k’jaan dengan PH

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergabung dengan beberapa parti lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

Beliau berkata, langkah itu terpaksa dibuat susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin sebelum ini.

“Kita tahu dari kenyataan setiausaha agung PAS dan PPBM, maka satu pendekatan baru akan diambil oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bagi membentuk kerajaan baru.

“Tetapi ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang terbentuk lebih kukuh dukungannya,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebentar tadi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/06/umno-tidak-tolak-kemungkinan-bentuk-kerajaan-bersama-parti-lain-termasuk-ph-kata-zahid/

COMMENTS