Gempar !!! Zahid bakal buat keputusan mengejutkan, Umno akur

kerajaan PN

Seorang penganalisis politik berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat sokongan partinya atas sebarang keputusan dibuatnya mengenai perkongsian kuasa dengan PPBM.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya memberitahu FMT, Zahid mendapat sokongan kebanyakannya cawangan dan bahagian Umno, terutama di kawasan luar bandar, atas alasan mudah beliau ialah pemimpin yang bermula dari bawah.

“Beliau bukan dari keluarga atau dinasti politik. Beliau juga tidak bangkit dengan bantuan mertuanya.

“Ahli parti boleh mengaitkan beliau sebagai orang biasa dan beliau mempunyai hubungan baik dengan akar umbi.”

Beliau merujuk sokongan Zahid perolehi dalam pemilihan Umno 2018, ketika beliau memenangi jawatan presiden selepas mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun, katanya, mungkin wujud rasa tidak senang dalam kalangan ahli akar umbi atas kegagalan Zahid mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak menyokong pucuk pimpinan Umno, khasnya selepas kejadian di Sabah.

Beliau berkata, ahli akar umbi marah dengan pembahagian kerusi DUN tidak adil semasa Pilihan Raya Negeri di Sabah dan kegagalan berunding dengan Umno berhubung pelantikan ahli PAS sebagai Adun dan beberapa pelantikan lain.

“Langkah melantik seorang Adun PAS di Sabah dilihat sebagai cara PPBM bekerjasama rapat dengan PAS di peringkat nasional, sementara Umno diketepikan.”

Awang Azman berkata, mereka yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ialah minoriti dalam parti itu dan mereka berbuat demikian kerana kedudukan yang diberikan selepas Perikatan Nasional berkuasa.

Semalam, sumber dalaman parti memberitahu FMT, beberapa ahli Parlimen Umno menyokong Muhyiddin untuk melindungi kedudukan dan faedah istimewa yang mereka perolehi daripadanya.

Umno dan PPBM sedang merundingkan perjanjian baru, di mana Umno mahu pengaruh lebih besar dalam kerajaan. Rundingan itu berlaku ketika beberapa ahli Parlimen Umno dikatakan bersetuju menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru, jika beliau bersetuju dengan syarat Umno.

Seorang lagi penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, hanya sebahagian kecil ahli Parlimen Umno menyokong Muhyiddin.

“Sokongan mereka kepada Muhyiddin mungkin bersifat sementara disebabkan mereka tidak akan mendapat sokongan akar umbi kerana berselisih faham dengan Zahid,” katanya kepada FMT.

Azmi, yang bersara dari Universiti Teknologi Malaysia baru-baru ini, berkata sentimen akar umbi terhadap PPBM mengenai PRN Sabah adalah kuat.

“Dengan sentimen itu, mereka yang menyokong Muhyiddin mungkin kembali kepada presiden mereka atau mereka mungkin terima akibat daripada kemarahan akar umbi.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/21/umno-akan-sokong-apa-saja-keputusan-zahid-kata-penganalisis/

COMMENTS

Wordpress (0)