Gempar !!! Veteran Umno ini dedah muslihat sebenar Bersatu

Gempar !!! Veteran Umno ini dedah muslihat sebenar Bersatu

Veteran Umno Kamal Amir Kamal Hijaz hilang sabar dengan telatah Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa yang menyerang Presiden Umno Zahid Hamidi semata-mata kerana hendak membela Muhyiddin Yassin dan menjaga kepentingannya.

Kamal Amir menyifatkan Annuar sebagai kera (berok) kena belacan mengenangkan usaha kerasnya menyerang Zahid dan cuba menyakinkan ahli Umno untuk bekerjasama dengan Bersatu tetapi telah ditolak oleh akar umbi Umno.

“Suara kamu (Annuar) tidak didengar oleh sesiapa pun,” demikian kata Kamal geram.

Dalam live menerusi Facebook itu juga Kamal mendedahkan beberapa hasil dan keputusan mesyuarat Bersatu yang diadakan semalam dimana beberapa keputusan itu ada yang telah diduga awal-awal.

Antara perkara itu dedah Kamal, parlimen tidak akan bersidang, sehingga parlimen dibubarkan pada Jun hadapan dan pilihan raya akan diadakan sebelum tamat tempoh darurat 1 Ogos. Perkara itu katanya dibincang dalam mesyuarat tersebut.

Dua tiga hari lepas saya sudah menulis artikel meramalkan parlimen tidak akan bersidang tetapi yang ada ialah parlimen akan dibubarkan. Maksud saya memberi ingatan kepada mereka yang ingin mengambil alih kerajaan menerusi parlimen, tidak perlu berbuat demikian kerana ia tidak akan berjaya.

Jelas Kamal lagi mesyuarat Bersatu itu juga telah melantik Takiyuddin Hassan sebagai pendamai antara Umno dengan Bersatu. Takiyuddin diminta menjadi orang tegah untuk menemui para pemimpin Umno bagi memastikan Umno meneruskan kerjasama dengan Bersatu.

Mesyuarat juga mendesak agar Azmin Ali dilantik jadi TPM. Pendedahan Kamal Amir itu membongkar keresahan yang sedang dihadapi Muhydidin dan Bersatu kini yang kian terdesak.

Pendedahan itu juga menunjukkan bagaimana buruknya perangai dua individu itu Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan. Cis BNA. Trims.

Sumber :