Gempar !!! Tun M dilapor kelihatan hadir di pejabat Anwar

Tun M dilapor kelihatan hadir di pejabat Anwar.

Beberapa ketua parti dan pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, di sini dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan esok.

Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Menurut sumber Utusan Malaysia, mesyuarat tersebut telah bermula dan beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad turut kelihatan.

“Difahamkan, lebih ramai pemimpin pembangkang akan hadir.

Tun M

LIM KIT SIANG

“Turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu,” katanya.

Tun M
MOHAMAD SABU

Pagi tadi, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Publika di Jalan Dutamas, dekat sini selepas desas-desus peletakan jawatan Muhyiddin.

Hotel Royale Chulan pula menjadi tumpuan petang tadi selepas ahli-ahli Parlimen UMNO dikatakan berkumpul bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/pemimpin-pembangkang-mesyuarat-di-pejabat-anwar/

Baca Juga : Gempar !!! Pembangkang sepakat calon PM, bakal bertambah bilangan beberapa MP