Gempar !!! Tular ahli parlimen PN mula tinggalkan parti

Gempar !!! Tular ahli parlimen PN mula tinggalkan parti

Tular ahli parlimen PN mula tinggalkan parti. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara menepis khabar angin beliau meninggalkan Bersatu, dengan berkata beliau sibuk berkhidmat di kawasan Parlimennya dan “tiada masa melayan politik murahan”.

Terdahulu, tersebar spekulasi menerusi satu mesej tular di WhatsApp mendakwa Ahli Parlimen Segamat itu meninggalkan parti komponen Perikatan Nasional, tetapi akan terus menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Tidak”, katanya kepada FMT ketika ditanya sama ada beliau sudah meninggalkan Bersatu.

“Ada orang mahu saya tinggalkan Bersatu. Orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.”

Katanya, khabar angin sedemikian pernah disebarkan awal tahun ini mendakwa beliau akan digantikan sebagai timbalan menteri, tetapi akhirnya ia tidak berlaku.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau ada mendengar khabar angin berhubung pemergian Santhara.

“Saya menghubungi Edmund selepas (dengar khabar angin itu) hanya untuk memeriksa.

“Beliau kata tidak tahu dari mana cerita itu datang dan beliau tidak keluar parti.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/27/ahli-parlimen-segamat-nafi-dakwaan-keluar-bersatu/

BACA JUGA : https://www.inforakyat.net/gempar-speaker-dewan-rakyat-dipanggil-menghadap-agong/