Gempar !!! Tolak Muhyiddin : Selain 14 MP Umno, 105 MP lagi utus surat ke Istana

Selepas Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, sumber dalaman blok pembangkang berkata bahawa pembangkang pula telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak perdana menteri itu.

Dua sumber masing-masing dari parti Amanah dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan surat itu dihantar ke Istana hari ini.

“Kami hantar surat hari ini lebih kurang pukul 4 petang tadi.

“Kesemua 105 ahli parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar surat.

“Dengan keputusan pembangkang sebulat suara menolak Muhyiddin, jumlah ahli parlimen tidak sokong kini sudah mencecah kepada 118 orang,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang menghubungi Majlis Pakatan Harapan untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

Menurut satu lagi sumber yang tidak ingin mendedahkan namanya, pembangkang menyerahkan surat itu secara en-blok.

“Ketua parti menghantar suratnya mewakili parti masing-masing.

“Jika kita lihat Umno serahkan surat pada 29 Julai. Jadi, jelas lapan ahli parlimen Umno telah tolak Muhyiddin pada 30 Julai. Kalau campur dengan pembangkang 105 sudah jadi 113 anggota pada ketika itu.

“Maka, kami percaya Muhyiddin telah menipu Seri Paduka Baginda bahawa dia masih mempunyai mandat di Dewan Rakyat,” katanya.

Untuk rekod, pada 3 Julai, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Setakat laporan ini ditulis sebanyak 15 ahli parlimen Umno dikatakan telah memutuskan kerjasama dengan kerajaan PN dan Muhyiddin.

Dengan itu sokongan Muhyiddin di Dewan Rakyat kini berkurang kepada 100 ahli sahaja, iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti mudah di parlimen.

Namun, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh sebelum ini menegaskan masih mempunyai majoriti di parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos.

Dia juga berjanji untuk membawa usul undi percaya pada sidang parlimen yang dijadual bulan depan.

muhyiddin

Berita Penuh : https://m.malaysiakini.com/news/586523?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

BACA JUGA : Kes kematian akibat Covid-19 cecah 360 kes, merisaukan