Gempar !!! Tiada Adun Pas angkat sumpah exco k’jaan Perak hari ini

Gempar !!! Tiada Adun Pas angkat sumpah exco k’jaan Perak hari ini

Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang ini.

Mereka merupakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin.

Mewakili UMNO adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Keempat-empat mereka merupakan Exco yang sama sewaktu pentadbiran Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, mewakili Bersatu pula adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, yang kali terakhir menjadi Exco semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.

Sultan Nazrin berkenan melantik kesemua mereka sebagai Exco dengan berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Berita penuh ; https://www.astroawani.com/berita-politik/4-adun-umno-seorang-adun-bersatu-angkat-sumpah-exco-perak-272526