Gempar!! Sidang media kerjasama politik Tun M – Ku Li petang ini

Gempar!! Sidang media kerjasama politik Tun M – Ku Li petang ini

Pertarungan sengit mereka suatu ketika dahulu menyaksikan Umno terbelah dua, namun bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh dijangka berkongsi pentas bersama di tengah ketidakstabilan politik dan ekonomi.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh dijangka mengadakan sidang media bersama petang ini.

Sidang media itu adalah yang pertama setelah Dr Mahathir pernah berunding dengan Tengku Razaleigh mengenai kemungkinan kerjasama politik, sejak sebulan lalu.

Di sebalik hubungan tegang antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menguasai Putrajaya, kedudukan Tengku Razaleigh sentiasa menjadi misteri di sebalik partinya Umno bersama Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555121