Gempar !!! Rakaman ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan cetus tanda tanya ramai

Rakaman ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan cetus tanda tanya ramai.Baru-baru ini netizen gempar dengan satu rakaman yang memaparkan cahaya aneh di langit dipercayai di Laut China Selatan sehingga menjadi tanda tanya.

Menerusi posting Facebook Penang Press, cahaya itu didakwa dirakam oleh seorang pekerja kapal di Laut China Selatan sekitar jam 7.30 petang, Khamis lalu.

“Rakaman oleh sahabat yang bekerja kapal 7.30 petang, 23 Disember 2021. Gambar dirakam oleh pekerja kapal berkenaan di Laut China Selatan tetapi masih lagi menjadi tanda tanya.

“Mungkin ada sambutan bunga api kot?,” kata Penang Press menerusi kiriman Facebook itu.

Bagaimanapun, cahaya tersebut berkemungkinan daripada roket China, Long March-7A yang dilancarkan ke angkasa lepas pada hari yang sama.

Memetik laporan XinhuaNet, roket itu dilancarkan pada jam 6.12 petang (waktu Beijing) di Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di selatan Wilayah Hainan untuk menghantar satelit yang dikenali sebagai Shiyan-12 01 dan Shiyan-12 02 ke orbit pratetap.

Rakaman 'cahaya aneh' di langit Laut China Selatan cetus tanda tanya ramai

Difahamkan, Shiyan bermaksud eksperimen dalam bahasa Cina dan ia dibangunkan oleh Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.

Kedua-dua satelit itu akan melakukan tinjauan persekitaran angkasa lepas dan ujian teknologi lain yang berkaitan di sana.

Long March-7A adalah roket versi ubah suai daripada Long March-7 yang mempunyai tiga peringkat dan panjang keseluruhan 60.7 meter, menjadikannya sebagai roket tertinggi dalam perkhidmatan di China.

BACA JUGA:

Jemaah umrah bawa balik Omicron ke Malaysia
Individu balik umrah sila patuhi kuarantin, jangan duk ‘salam berkat’ – KJ