Gempar !!! Portal lapor Muhyiddin bakal menghadap Agong untuk rombakan kabinet

Gempar !!! Portal lapor Muhyiddin bakal menghadap Agong untuk rombakan kabinet

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bagi memohon perkenan rombakan kabinet dalam masa terdekat.

SuaraTV difahamkan Muhyiddin akan menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini dalam rombakan membabitkan beberapa pemimpin kanan UMNO. Bagaimanpun tidak pasti sama ada pengumuman rombakan tersebut akan diumumkan hari ini bergantung kepada perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Rombakan ini hadir ketika parti kedua terbesar dalam kerajaan gabungan, UMNO, sedang berhadapan konflik antara meninggalkan kerajaan atau kekal bersama menjelang Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti tersebut malam ini.

Semalam SuaraTV melaporkan 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (termasuk UMNO) mahu parti tersebut kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Sumber juga menyatakan angkat sumpah jawatan anggota baharu kabinet jika ada akan diadakan pada Jumaat ini.

Berita Penuh : https://suara.tv/07/07/2021/perdana-menteri-dijangka-menghadap-agong-untuk-rombakan-kabinet/

BACA JUGA : Panas !!! Ahli Parlimen Umno beri amaran kepada Zahid