Gempar!!! Polis serbu sarang pelacuran di negeri diperintah Pas

Gempar!!! Polis serbu sarang pelacuran di negeri diperintah Pas

Polis Kelantan berjaya menahan 15 individu termasuk lima wanita disyaki terlibat dalam akvitivi pelacuran dalam satu serbuan operasi noda di Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (D7) di sebuah rumah banglo itu turut menahan seorang lelaki yang dipercayai berperanan mengurus dan mendapatkan pelanggan melalui aplikasi media sosial.

“Dalam operasi ini pihak polis berjaya merampas barang kes yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pelacuran.

“Rampasan melibatkan sebuah buku catatan sewa bilik, tujuh keping kondom (belum diguna), dua kondom sudah diguna, lapan unit telefon bimbit, kunci bilik, dan sebotol minyak urut,” katanya dalam kenyataan kepada media, di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, wang tunai bernilai RM1,917 turut dirampas dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372A kanun keseksaan dan 372B kanun keseksaan.

“Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 60 tahun termasuk seorang lelaki warga Myanmar,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/564188