PM akan buat satu pengumuman besar, kata Khairy

PM akan buat satu pengumuman besar, kata Khairy

PM akan buat satu pengumuman besar. Kerajaan akan segera memberikan satu lagi pakej bantuan ekonomi lagi, menurut Menteri Penyelaras Vaksin Covid-19, Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada webinar petang ini, Khairy memaklumkan inisiatif untuk menangani dampak Covid-19 itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya yakin perdana menteri akan segera membuat pengumuman, mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar.

“(Tetapi) saya tidak mahu mendahului dengan membuat pengumuman lebih awal,” kata Khairy semasa sesi libat urus dalam talian bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) sempena mesyuarat agung tahunannya yang ke-45.

Menteri sains dan teknologi itu menjawab soalan anggota dewan berkenaan yang ingin tahu apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu pemain industri yang terjejas teruk oleh kemerosotan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Menurut N Gobalakrishnan, yang juga Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), ramai majikan sudah sampai ke tahap mereka tidak lagi mampu membayar gaji pekerja.

“Apa tindakan selanjutnya oleh kerajaan yang boleh dikategorikan untuk membantu pemain industri?

“Kami sedang melalui zaman merudum,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/580305