Gempar !!! Pihak istana tegur Harakah kerana siar gambar Sultan Perak tanpa adab

Gempar !!! Pihak istana tegur Harakah kerana siar gambar Sultan Perak tanpa adab

Jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menasihatkan Harakahdaily agar belajar lebih beradab dan menjunjung adat Negeri Beraja – Rakyat Bersultan.

Ini susulan tindakan portal milik Pas itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam penyiaran gambar di portal tersebut.

Portal itu telah memuatnaik gambar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria setanding dengan Sultan Nazrin.

Tegas Annuar Zaini, jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang Adun dengan darjat seorang Raja Pemerintah.

“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang HARAKAH DAILY, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat NEGERI BERAJA – RAKYAT BERSULTAN.

“Bila meletakkan gambar; jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” katanya yang juga Ahli Dewan Negara Negeri Perak di laman Facebooknya.

 

Sumber : https://perakinsights.com/2020/12/12/panas-istana-tegur-harakah-minta-beradab-dan-junjung-adat/