Gempar !!! Persatuan dedah lebih 300 Maahad Tahfiz diarah tutup operasi oleh kerajaan

Persatuan dedah lebih 300 Maahad Tahfiz diarah tutup operasi oleh kerajaan. Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di Malaysia, perlu menutup operasi atas arahan kerajaan.

Presiden Permata Al- Quran, Manolito Mohd Dahlan, berkata ia berdasarkan kajian pihaknya terhadap sebanyak 512 maahad tahfiz di negara ini.

Selain itu katanya, kajian turut mendapati 11.7 peratus maahad tahfiz perlu memberhentikan semua kakitangan, mampu bayar separuh gaji (52 peratus), boleh bertahan tidak lebih tiga bulan (34.4 peratus).

Tidak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (38.1 peratus) dan menerima yuran separuh atau kurang kerana ibu bapa tidak berkemampuan (85.4 peratus).

Membudaya al-Quran dalam kalangan OKU

Katanya, secara keseluruhan ketika ini terdapat sebanyak 1,198 maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JAKIM dengan 84,643 murid dan 10,357 guru.

Persatuan

“Setakat ini kerajaan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri, JAIN dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sudah membantu dengan memberikan bantuan secara ‘one off’ kepada maahad tahfiz seluruh negara.

“Bagaimanapun sejak Mac 2020 apabila berlaku pandemik COVID-19 operasi maahad tahfiz swasta berkenaan terjejas teruk,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu dilaporkan di media, 60 maahad tahfiz di Perak di ambang kritikal menjelang September 2021.

Selain itu, turut dilaporkan adalah pusat tahfiz tiada wang untuk membayar gaji 8,000 guru, berikutan yuran tertunggak serta dianggarkan 10 peratus pusat tahfiz seluruh negara terancam.

Manolito berkata, maahad tahfiz adalah salah satu benteng utama umat Islam untuk memahami Al-quran serta melahirkan pemimpin berjiwa Quranic.

Oleh itu katanya, ia perlu diselamatkan bagi mengelak lagi pemberhentian kakitangan, tiada pemotongan gaji kakitangan malah penutupan operasi.

“Justeru Permata Al- Quran memohon kerajaan membantu menyalurkan bantuan perkapita atau bantuan khas kepada kakitangan termasuk guru, kerani, warden, tukang masak dan pekerja am.

“Menyalurkan bantuan segera peralatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bayaran talian internet kepada ibu bapa yang bermasalah.

“Selain itu turut membenarkan maahad tahfiz beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau turut meminta Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAKIM, JAIN dan MAIN supaya membantu maahad tahfiz di seluruh Malaysia dari terus terancam dan menutup operasinya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/857695/647-peratus-maahad-tahfiz-diarah-tutup-operasi

BACA: Azalina cadang RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021, atasi isu wakil rakyat lompat parti