Gempar !!! Pengerusi Lembaga Getah Malaysia ditamatkan perkhidmatan?

Gempar !!! Pengerusi Lembaga Getah Malaysia ditamatkan perkhidmatan?

Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris didakwa telah ditamatkan perkhidmatannya mulai 14 April lalu tanpa sebarang makluman rasmi, kata sumber yang rapat dengan beliau.

Menurut sumber yang rapat dengan Umno itu, Nazlan yang merupakan ahli Parlimen Jerantut dari Umno itu telah memaklumkan perkara itu menerusi kumpulan whatsapp MP Umno baru-baru ini.

Menurut sumber itu, Nazlan ditawarkan untuk bertugas di sebuah badan lain di bawah kementerian yang sama namun beliau menolaknya kerana tidak mahu lagi bertugas dengan menteri yang sama.

Namun begitu, semakan Malaysia Dateline kepada laman web rasmi LGM, nama Nazlan masih kekal sebagai Pengerusi LGM.

Perkara ini berlaku ketika negara kecoh berikutan dakwaan tanah milik LGM yang terletak di tengah-tengah segitiga emas ibukota Kuala Lumpur dijual dengan harga di bawah pasaran.

Namun LGM telah menafikan penjualan tanah itu telah berlaku.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait dengan tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin.

Dalam pendedahan itu, Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga RM0.70 satu kaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dua hari lepas, pengurusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menafikan dakwaan berlaku penyelewengan dalam urusan jual beli serta urusan pajakan dua lot tanah miliknya di Jalan Ampang, yang diuruskan oleh LGM Properties seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataannya, LGM menegaskan bahawa belum ada sebarang urusan penjualan, pajakan atau urus niaga berkaitan dua lot tanah milik LGM iaitu Lot 20012 dan Lot 20013 (masing-masing nombor lama dikenali sebagai Lot 75 dan Lot 76) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

LGM terletak di bawah Kementerian Perusahaan Perdagangan dan Komoditi di mana menterinya adalah Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Dia ahli Lembaga Pengarah LGM adalah pemimpin Pas iaitu Mohd Ismi Mat Taib (AJK Dewan Ulama Pas) dan Nurul Islam Mohamad Yusoff (bekas calon Pas di Ampang).

Beriyta penuh : https://malaysiadateline.com/di-tengah-kecoh-pengerusi-lgm-ditamatkan-perkhidmatan-mulai-14-mei/